

Baca artikel saya yang lepas di
1) Bahaya nafsu lelaki dan seks
2) Lelaki Melayu Bermasalah & Email Mendukacitakan
Usaha tegas dari semua pihak perlu dilakukan, antara yang paling mudah adalah dengan menyekat seluruh web lucah sebagaimana sekatan dibuat ke atas web pelaburan haram internet. Dilaporkan sebanyak 33 juta web lucah boelh diakses di Malaysia hari ini, sekatan boleh dimulakan dengan menamatkan akses bagi setiap web-web lucah keluaran Malaysia sebagaimana yang dilaporkan di akhbar beberapa bulan yang lalu.
Mungkin akan ada penggemar-penggemar web site ini yang ‘kurang puas hati' kerana tindakan ini boleh menyekat 'keseronokan' haram mereka, tetapi sedarkah mereka, kemungkinan besar anak dan ahli keluarga mereka juga boleh menjadi mangsa tindakan cabul dan jahat individu buas di luar sana
فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كما بُسِطَتْ على من كان قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كما تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كما أَهْلَكَتْهُمْ
Ertinya : Tiadalah kefaqiran yang aku bimbang menimpa umatku, tetapi yang palig ku takuti adalah umatku dibentangkan harta dunia sebagaimana yang pernah diperolehi oleh umat sebelum kamu, maka ia menyebabkan kamu berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga pernah berlumba-lumba, dan akhirnya menghancurkan mereka sebagaimana ia akan menghancurkan kamu juga" ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1152 )



No comments:
Post a Comment