Monday, December 29, 2008
Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Thursday, July 31, 2008
Israk dan Mikraj Menguji Keimanan
الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، عَالمِ ُالغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الحَكِيْمُ، وَيَقُوْلُ فِي كِتَابِهِ الْعَزِيْز:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! إتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jamaah sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat dari Allah s.w.t..
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting dimana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar "as-Siddiq" yang membawa maksud orang yang benar.
Tuan-Tuan Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan doanya seperti berikut :
اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَيَعْلَمُوْنَ
Yang Bermaksud : " Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui "
Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj pada diri Rasulullah s..a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimanan firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 1 :
Maksudnya : " Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Para Ulama' Hadis, Ulama' Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya melalui roh sahaja.
Demikianlah peristiwa Isra' dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra' dan Mikraj ini.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Sepanjang perjalanan Isra' dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.
Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke dua-dua golongan tersebut.
Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palastin dan Wilayah Lobenan mereka setaip saat diburu, dibom dan dibunuh dengan kejam oleh rejem Yahudi Israil. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 120 :
Maksudnya : " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) ".
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bersempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj pada kali ini diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam kerana Amerika Syarikat (Pihak Kristian) yang mengaku dirinya sebagai polis dunia atau pengaman dunia telah dibeli oleh rejim Yahudi bagi menghalalkan tindakkan mereka membunuh penduduk Islam di Wilayah Palastin serta mengumumkan Baitul Maqdis bumi Isra' yang penuh dengan keberkatan sebagai ibu negara kepada negara haram Yahudi.
Begitu juga, mereka pada hari ini mereka begitu berani dan rakus melakukan kekejaman terhadap umat Islam dengan membunuh dan menyerang penduduk awam Lobenan dimana sehingga kehari ini telah mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa serta menyebabkan seramai hamper 500,000 orang penduduk menjadi pelarian.
Maka, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dengan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan jahat yang dilakukan oleh rejim Yahudi. Kerana ia bukan sahaja telah melanggar hak kemanusiaan tetapi ia memberi kesan yang cukup besar terutama ke atas Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan sejarah Isra' baginda s.a.w.
Selain itu, kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kuasa dunia khususya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) khususnya Negara jiran di sekitar Palastin dan Lobenan mampu memberi bantuan dan menghentikan kekejaman rejim Yahudi ini dengan secepat mungkin. Kerana kita tidak sanggup lagi melihat setiap saat umat Islam diburu dan dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan seolah-olah nyawa umat Islam tidak berharga.
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Akhirnya, sebagai kesimpulan khutbah kita pada hari ini, melalui peristiwa Isra' dan Mikraj terdapat beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya yang dapat kita jadikan pengajaran, diantaranya :
Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh di jiwa manusia.
Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada diri manusia.
Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.
Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra' dan Mikraj, khususnya mengenai bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, ia benar-benar berlaku pada hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat Islam.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Maksudnya : " dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".
( Surah al-Isra' ayat 60 )
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
wassalam : http://sempoiweb.ning.com
Tuesday, May 13, 2008
Sunday, May 11, 2008
Jundullah
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
doa seorang jundullah;
Ya Allah,sesungguhnya amanah ini terlalu berat untuk kami selaku pejuang dijalanMU,kerdil diri ini untuk memikul taklif yang terpundak.Namun,seandainya kami meninggalkan tugas ini,nescaya akan menghancurkan harapan pewaris silam.
Ya Allah,kudrat lemah yang Kau pinjamkan buat sementara ini,akan kami manfaatkan untuk ketinggian AddinMu,kami akan mendidik nafsu agar keringat yang mengalir adalah keranaMU semata.kekalkan semangat ini sepanjang hayat kami agar kamitidak tergolong dikalangan mutasiqitun 'ala tariqud da'wah..amin.
ingatlah firman Allah;-fussilat:33-35
"dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,'sungguh,aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)"
"dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu)dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia."
"dan(sifat -sifat yang baik itu)tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
Saidina Ali bin Abi Talib;
"akan datang di suatu masa dimana Islam hanya bentuk sahaja,Al Quran hanya dijadikan bacaan sahaja,mereka mendirikan masjid,sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma' Allah,orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para Ulama',dari mereka akan datang fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga..dan kesemua yg tersebut adalah tanda2 Qiamat"
ikhlas dari kami di http://sempoiweb.com
Friday, May 9, 2008
Intifada
Insyallah aku akan kongsi ilmu dan memori pada anda semua di url web site saya di http://sempoiweb.ning.com
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Salinan Kad Pengenalan Awam.
Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
Rejimen 501 Askar WataniahKem Tebrau80990 Johor BharuJohorTel: 07-3541088
Rejimen 509 Askar WataniahKem Lebuh Raya Peel10350 Pulau PinangTel: 04-2297001
Rejimen 502 Askar WataniahKem Sungai Buloh47000 Sungai BulohSelangorTel: 03-61565688
Rejimen 510 Askar WataniahKem Sri Rejang96000 SibuSarawakTel: 084-333933
Rejimen 503 Askar WataniahKem Jalan Tambun30350 IpohPerakTel: 05-2549342
Rejimen 511 Askar WataniahKem Ria Kompleks93677 KuchingSarawakTel: 082-621300
Rejimen 504 Askar WataniahKem Bukit Keteri02450 KangarPerlisTel: 04-9382024
Rejimen 512 Askar WataniahKem Padang Midin21400 Kuala BerangTerengganuTel: 09-6191644/645
Rejimen 505 Askar WataniahKem Teluk Sisik25050 KuantanPahangTel: 09-5674229
Rejimen 513 Askar WataniahKem Jalan Kolam Air08000 Sungai PetaniKedahTel: 04-4203102
Rejimen 506 Askar WataniahKem Pengkalan Chepa16100 Kota BahruKelantanTel: 09-7738800
Rejimen 514 Askar WataniahKem Bukit Beruang75450 MelakaTel: 06-2332123/2130
Rejimen 507 Askar WataniahKem Bukit PerwiraP.O.Box 1160888817 Kota KinabaluSabahTel: 088-212620/628
Rejimen 515 Askar WataniahKem Jalan Ampang50634 Kuala LumpurTel: 03-42567133
Rejimen 508 Askar WataniahKem Jalan Rasah70300 SerembanNegeri SembilanTel: 06-7623411
Rejimen 516 Askar WataniahKem Kukusan91000 TawauSabahTel: 089-772771
Artis wanita Berkemban Menjadi Ikutan Remaja
1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.
1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting:1. Menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.3. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama.4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.
· 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.
Merehatkan Minda Sambil Berfikir..Jom
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
………………………………………………………………………………………………………
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu...
biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ....bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha
Thursday, May 8, 2008
Jihad
Hasil Pencarian
1 hingga 20 penemuan dari jumlah keseluruhan 39 penemuan. Penemuan Di Dalam Al-Quran 39
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 109 |
| Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 190 |
| Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 193 |
| Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 216 |
| Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 244 |
| Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 251 |
| Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. |
| Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 77 |
| Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. |
| Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 54 |
| Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. |
| Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 106 |
| Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 5 |
| Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang). |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 6 |
| Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya). |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 8 |
| Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 15 |
| Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 16 |
| Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu kecuali dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah Neraka Jahannam; sedang Neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 39 |
| Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 57 |
| Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 5 |
| Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 12 |
| Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 13 |
| Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman? |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 14 |
| Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. |
Bersuci

Hasil Pencarian
Penemuan Di Dalam Al-Quran 8
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 173 |
| Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 222 |
| Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. |
| Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 145 |
| Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 108 |
| Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). |
| Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 80 |
| Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa. |
| Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 115 |
| Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah Al-Waaqi'ah> Ayat 79 |
| Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; |
| Al-Quran > Surah Al-Muddaththir> Ayat 4 |
| Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. http://sempoiweb.com |
Tuesday, May 6, 2008
Kesamarataan Lelaki dan Wanita
Setitik ilmu yang diperolehi dari universiti dan pembacaan, beberapa kejayaan duniawi di medan kerjaya dan universiti menjadikan terdapat para wanta yang tertipu dengan kebijaksanaan aqal mereka. Tanpa sedar, ada yang menyangka aqalnya lebih bijak dari hukum yang telah digazetkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dijadikan hujah-hujah aqal dan hak asasi sebagai hujah meraih simpati dan sokongan lebih ramai masyarakat.
Sebahagian yang lain pula menafikan mereka menolak hukum quran dan hadith, tapi yang mereka cabar dan tolak adalah pentafsiran para ulama dari kalangan lelaki yang 'berat sebelah' menurut mereka.
Sebahagian hujjah aqal yang disertakan pula amat biadap terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti mengatakan hukum Islam berat sebelah kerana di fahami dari aqal seorang lelaki iaitu Muhammad dan diteruskan oleh para sahabat baginda dan seterusnya para ulama Islam yang majoritinya dari kalangan lelaki.
Sebelum itu, ketahuilah Islam telah menaikkan taraf wanita dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara, Cuma ada beberapa amalan yang dilaksanakan dalam bentuk berlainan, tetapi hasilnya dan penerimaan Allah SWT tetap sama iaitu berdasarkan kualitinya.
Kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya equal dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberpaa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
Ertinya : Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa : 124 )
InshaAllah saya akan cuba mengulas isu ini, diharapkan Allah SWT memberikan ruangan waktu untuk saya menyiapkannya. Sebagai muqaddimah ringan pembuka perbincangan ini, elok kiranya dapat diperdengarkan petikan rakaman video saya ini. (rakaman ini dibuat sekitar awal tahun 2005). Benar, ia bukanlah hujjah yang kuat, ia cuma hujjah ringan bersifat logik sahaja. Adapun hujjah-hujjah yang lebih relevan akan di sertakan kemudian, inshaAllah.
Dipetik daripada halama ustaz zaharuddin http://zaharuddin.net
Mengenali Nabi Muhammad s.a.w
Saturday, March 29, 2008
Baculkah Kita Bila Islam Disenda-Remahkan?
Jika ketika di zaman Rasulullah wafat, ada di kalangan para sahabat yang bangun menafikan malah sampai ke tahap untuk menetak sesiapa yang mengatakan baginda telah wafat.
Ketika Salman Rusdie, menghasilkan buku 'Satanic Versus' ramai di kalangan umat Islam seluruh dunia bangun menentang sehinggakan penulis berkenaan terpaksa memohon suaka politik di sebuah negara Eropah.
Apabila isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w meletus, umat Muhammad bangkit di segenap pelusuk dunia melahirkan bantahan sehinggakan di Malaysia sendiri ramai berarak tanpa mengenal batas sempadan politik.
Dan tatkala, Rosnah Mat Aris celupar dalam rancangan 'Sensasi' TV3, bangun lagi orang-orang Islam menghenyak kiri dan kanan artis berkenaan.
Kini, parti Gerakan pula membuat kenyataan atau lebih tepat lagi usul biadap dengan gesaan untuk melucutkan jawatan Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussaini Zakaria.
Cuma yang agak menarik adalah; jika soal umat Islam digugah, ditindas, diperlekehkan dan disenda-temehkan di penjuru dunia; orang-orang Islam di Malaysia akan lantas bangun dengan tangkasnya sehinggakan ada yang menghunuskan keris sebagai simbol untuk mempertahankan maruah agama.
Namun, dalam isu Gerakan ini sejak tersiar 2 April 2007 di akhbar The Star (maafkan jika tersilap) sehingga kini penulis menunggu-nunggu reaksi daripada pimpinan Negara. Namun tiada seorangpun yang bangkit mempertahankan SS Mufti Perak itu. Semuanya hanya sibuk tentang persiapan untuk Pilihan Raya Machap. Jasa itu, jasa ini. Itulah yang diracau-racaukan oleh pimpinan Negara. Bahkan dilihat akhbar arus perdana seperti, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Strait Times juga tidak langsung menyiarkan berita ini. Sepatah harampun tiada.
Malah, hari hingga saat tiada langsung kenyataan mengenai isu ini! Apakah media arus perdana telah 'black out' isu ini atas arahan atasan? Atau apakah memang media arus perdana 'buat bodoh' dan 'tidak ambil pusing' langsung?
Mana perginya, pemimpin Melayu yang kerap menghunus kerisnya selama ini? Di manakah kelantangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (maaf; dalam kes ini ditujukan hanya pada Umno - mereka adalah ahli parti Melayu beragama Islam!).
Di mana pula sembunyinya Abdullah dan Najib yang menjadi pemimpin utama negara yang sentiasa lantang mengeluarkan kenyataan jika sesuatu isu tercetus di negara ini.
Dan ke mana pula perginya segala Mufti, Menteri yang menjaga soal agama Islam, jabatan-jabatan agama seperti Jakim, tokoh dan profesional Islam yang kerap muncul di dada akhbar serta ulama-ulama di dalam pentadbiran negara atau universiti-universiti awam? Mana Mufti yang sangat lantang mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Mufti Perlis SS Dr Asri Zainol Abidin?
Tidak tercabarkah mereka semua? Apakah tidak berkesan langsung di hati mereka sebagai umat Muhammad betapa menyuruh MUfti dipecat sama ertinya dengan mempersoalkan kedaulatan agama Islam itu sendiri?
Jika masih membisu lagi ke semua pihak seperti yang disebut oleh penulis ini, maka tanpa pilihan lain; pihak yang masih lagi sayang pada Islam wajib untuk bangun.
Maka parti yang berorientasikan Islam seperti PAS dan badan-badan bukan kerajaan seperti Impak dan Teras dengan pertubuhan pelajar Islam di universiti-universiti tempatan wajib untuk bangkit melaungkan kemarahan kepada kebiadapan dan keceluparan Gerakan.
Gerakkan satu perhimpunan massa sama ada berarak, berhimpun atau menunjuk perasaan bagi melahirkan betapa umat Islam di Malaysia bersatu dan cintakan agamanya. Tunjukkan kesetiaan kita pada agama Islam dan Nabi Muhammad dan para pewarisnya.
Buktikan umat Islam bersatu. Biar Gerakan tahu, mencemuh dan merendahkan martabat ulama seperti Mufti sama seperti menghina Rasullullah dan Islam itu sendiri. Buat tuntutan agar pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan tindakan ke atas Gerakan kerana cuba merosakkan perpaduan di kalangan umat Islam dan membuat provokasi serta mencabul perlembagaan negara yang jelas mencatat bahawa Islam sebagai agama rasmi.
Bangunlah. Bangunlah para pendokong dan pencinta Islam. Kalau bukan kini bila lagi? Apakah kita rela melihat Islam terus diperhambakan dan diperlekehkan?
Atau baculkah kita dengan hanya berdiam diri atau 'tidur'?
Thursday, February 7, 2008
Forex
Semua pemain forex, nota dan jawapan saya inin adalah jawapan yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik carajual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Saya tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian
Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui pelbagai cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu sahaja yang cuba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, iaitu bab Leverage.
Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat, sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping menyatakan saya tidak faham.
Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak menafikan saya juga sedang belajar dari hujjah mereka.
Namun perlu diingat, leverage yang saya huraikan bukan secara umum tetapi adalah leverage dalam bab forex trading yang terbabit sahaja. Justeru perlu dibaca dalam konteksnya.
Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan sukar untuk menyemak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat sertai apa yang mereka sertai. Justeru saya bergantung kepada penerangan mereka yang terlibat.








