Tuesday, May 13, 2008
Sunday, May 11, 2008
Jundullah
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
doa seorang jundullah;
Ya Allah,sesungguhnya amanah ini terlalu berat untuk kami selaku pejuang dijalanMU,kerdil diri ini untuk memikul taklif yang terpundak.Namun,seandainya kami meninggalkan tugas ini,nescaya akan menghancurkan harapan pewaris silam.
Ya Allah,kudrat lemah yang Kau pinjamkan buat sementara ini,akan kami manfaatkan untuk ketinggian AddinMu,kami akan mendidik nafsu agar keringat yang mengalir adalah keranaMU semata.kekalkan semangat ini sepanjang hayat kami agar kamitidak tergolong dikalangan mutasiqitun 'ala tariqud da'wah..amin.
ingatlah firman Allah;-fussilat:33-35
"dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,'sungguh,aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)"
"dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu)dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia."
"dan(sifat -sifat yang baik itu)tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
Saidina Ali bin Abi Talib;
"akan datang di suatu masa dimana Islam hanya bentuk sahaja,Al Quran hanya dijadikan bacaan sahaja,mereka mendirikan masjid,sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma' Allah,orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para Ulama',dari mereka akan datang fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga..dan kesemua yg tersebut adalah tanda2 Qiamat"
ikhlas dari kami di http://sempoiweb.com
Friday, May 9, 2008
Intifada
KLIK DISINI UNTUK LAGU RABBANI : INTIFADA
Pada hari ini 10/5 dan 11/5 aku akan menjalani Latihan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah. Latihan Kawad Styer dan Jalan Lasak 8km.Insyallah aku akan kongsi ilmu dan memori pada anda semua di url web site saya di http://sempoiweb.ning.com
1. Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN2.
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
Salinan Kad Pengenalan Awam.
Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
CARA PERMOHONAN 3.
Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda. Lokasi-lokasi yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
Rejimen 501 Askar WataniahKem Tebrau80990 Johor BharuJohorTel: 07-3541088
Rejimen 509 Askar WataniahKem Lebuh Raya Peel10350 Pulau PinangTel: 04-2297001
Rejimen 502 Askar WataniahKem Sungai Buloh47000 Sungai BulohSelangorTel: 03-61565688
Rejimen 510 Askar WataniahKem Sri Rejang96000 SibuSarawakTel: 084-333933
Rejimen 503 Askar WataniahKem Jalan Tambun30350 IpohPerakTel: 05-2549342
Rejimen 511 Askar WataniahKem Ria Kompleks93677 KuchingSarawakTel: 082-621300
Rejimen 504 Askar WataniahKem Bukit Keteri02450 KangarPerlisTel: 04-9382024
Rejimen 512 Askar WataniahKem Padang Midin21400 Kuala BerangTerengganuTel: 09-6191644/645
Rejimen 505 Askar WataniahKem Teluk Sisik25050 KuantanPahangTel: 09-5674229
Rejimen 513 Askar WataniahKem Jalan Kolam Air08000 Sungai PetaniKedahTel: 04-4203102
Rejimen 506 Askar WataniahKem Pengkalan Chepa16100 Kota BahruKelantanTel: 09-7738800
Rejimen 514 Askar WataniahKem Bukit Beruang75450 MelakaTel: 06-2332123/2130
Rejimen 507 Askar WataniahKem Bukit PerwiraP.O.Box 1160888817 Kota KinabaluSabahTel: 088-212620/628
Rejimen 515 Askar WataniahKem Jalan Ampang50634 Kuala LumpurTel: 03-42567133
Rejimen 508 Askar WataniahKem Jalan Rasah70300 SerembanNegeri SembilanTel: 06-7623411
Rejimen 516 Askar WataniahKem Kukusan91000 TawauSabahTel: 089-772771
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Markas Tentera DaratBahagian Pasukan SimpananWisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26921333 Sambungan 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306Faks: 03-26989235
Artis wanita Berkemban Menjadi Ikutan Remaja
SEKITAR 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini. Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi.
Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata.Hasilnya terjadilah kes artis kena gam dan lebih teruk digunting rambut oleh Menteri Penerangan ketika itu. Ramai juga artis yang semakin berhati-hati dengan penampilan mereka kerana tidak mahu ‘periuk nasi' mereka ditutup.Bagaimanapun, usaha ini sudah boleh dikatakan tinggal hangat-hangat tahi ayam. ‘Baunya' saja pun sudah tidak sekeras dulu, malah terus tenggelam. Selepas 15 tahun, boleh dikatakan garis panduan ini sudah terus lenyap begitu saja. Jika dulu artis berpakaian nampak ketiak dan lurah dada menjadi topik hangat diperkatakan, tetapi hari ini seakan tiada sesiapa yang peduli lagi apabila kebanyakan artis wanita dilihat lebih gemar tampil mengenakan gaun berkemban atau baju bertali halus seperti yang lazim digayakan artis Barat.Ada kalanya, lebih seksi gaya ditampilkan lebih mendapat pujian terutama perekanya. Apabila ada artis yang berpakaian sopan menutup tubuh, dia dikatakan artis kampung yang tidak pandai bergaya.
Apa yang membimbangkan, mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa gaya artis ini turut menjadi ikutan remaja masa kini. Jika diteliti, 90 peratus penggemar dan pengikut dunia hiburan adalah remaja yang baru hendak mengenal adat dan budaya bangsa. Persoalannya, bagaimana remaja boleh diharapkan untuk meneruskan adat dan budaya bangsa pada masa depan sedangkan mereka terus ‘disogok' dengan gaya hidup Barat yang berlawanan dengan agama, malah budaya Timur? Banyak kajian yang dijalankan ke atas remaja terbabit dengan masalah sosial juga jenayah juvana memberikan alasan terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan bahan yang dibaca berkaitan program dan acara hiburan. Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan wanita yang sempat ditemui turut menyuarakan kegusaran mereka terhadap budaya negatif ini dan menggesa agar pihak berwajib segera memastikan agar garis panduan etika artis yang ada dilaksanakan dengan tegas.
Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini."Kita sangat bimbang apabila artis bebas berpakaian sehingga tidak mengambil kira lagi adab budaya di negara ini. Tidak kira dia itu artis beragama Islam atau tidak, adab Timur mesti dipatuhi kerana tidak mahu kehilangan identiti kita sendiri," katanya.Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan apatah lagi artis yang di bawah persatuan sedia ada seperti tidak melakukan sebarang usaha membendung gejala yang sudah pun menular ini. "Kita jangan marah remaja apabila mereka berpakaian tidak senonoh kerana hari ini golongan artis sudah seperti diberikan lesen untuk tampil dengan pakaian meruntun jiwa penonton.
Kalau ada pakaian berciri Melayu pula sudah diubah suai seperti korset yang dipakai di luar dengan dada serta bahu terdedah," katanya.Beliau berkata, artis yang mendedahkan tubuh hakikatnya belum mempunyai kekuatan untuk bergelar artis dan berdepan dengan masyarakat. Mereka seharusnya sedar, sebagai artis, mereka mendapat perhatian berbilang masyarakat tidak kira tua, muda mahupun remaja."Apa yang perlu dibangunkan adalah dunia seni yang membantu memajukan masyarakat dan bukannya seni tubuh dengan perjuangan kebebasan berpakaian. Tidak salah berfesyen asal ia tidak merosakkan budaya apatah lagi bertentangan agama. "Jika mahukan nama dan hasil karya terus meniti di bibir peminat, mereka harus menitik beratkan perjuangan seni dengan identiti serta mesej jelas bukannya hanya glamor semata-mata dengan budaya cedokan Barat," katanya.Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Dr Harlina Haliza Siraj, berkata melihat kepada keruncingan cara berpakaian artis hari ini, sudah sampai masanya garis panduan etika berpakaian di kalangan mereka dikuatkuasakan segera."Ini selaras dengan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan yang memerlukan masyarakat memiliki identiti tersendiri. Apa yang penting, peraturan dalam perkara ini perlu jelas.
Mungkin sudah ada, tetapi tidak dikuatkuasakan. Dulu sudah ada peraturan yang ditetapkan Kementerian Penerangan, artis yang tampil di kaca televisyen atau khalayak perlu tampil tanpa menjolok mata," katanya.Beliau berkata, artis dan selebriti di negara ini tidak kira apa bangsa perlu menghormati budaya Timur yang mementingkan adab dalam berpakaian. "Walau bagaimana glamor sekalipun, golongan ini perlu berpegang kepada falsafah, di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kalau tidak hormat atau segan pada agama, hormatilah budaya. Jangan kerana mengejar glamor dan ingin mendapatkan perhatian, semua perkara ini dipandang remeh. "Mahu atau tidak, mereka harus sedar bahawa mereka juga menjadi contoh remaja hari ini. Mereka yang tampil berpakaian seksi hakikatnya memiliki keyakinan diri yang rendah dan cuba menutupi kelemahan itu dengan menarik perhatian dengan cara lain," katanya.Lihat saja penampilan artis wanita Malaysia pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang diadakan di Singapura, baru-baru ini.
Boleh dikatakan 90 peratus mengenakan baju ala kemban yang mendedahkan bahagian dada dan bahu. Malah, dalam kebanyakan majlis membabitkan artis, boleh dikatakan kebanyakannya memilih baju moden yang seksi. Berbanding artis negara jiran, khususnya Indonesia yang dilihat lebih bijak bergaya apabila sering mengutamakan baju tradisional mereka seperti kebaya sekali gus mencerminkan identiti bangsa.INFO Etika artis
1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.

1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting:1. Menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.3. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama.4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.
· 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.
Merehatkan Minda Sambil Berfikir..Jom
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
………………………………………………………………………………………………………
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu...
biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ....bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

Thursday, May 8, 2008
Jihad
Hasil Pencarian
1 hingga 20 penemuan dari jumlah keseluruhan 39 penemuan. Penemuan Di Dalam Al-Quran 39
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 109 |
| Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 190 |
| Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 193 |
| Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 216 |
| Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 244 |
| Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 251 |
| Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. |
| Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 77 |
| Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. |
| Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 54 |
| Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. |
| Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 106 |
| Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 5 |
| Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang). |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 6 |
| Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya). |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 8 |
| Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 15 |
| Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 16 |
| Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu kecuali dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah Neraka Jahannam; sedang Neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 39 |
| Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. |
| Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 57 |
| Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 5 |
| Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 12 |
| Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 13 |
| Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman? |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 14 |
| Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. |
Bersuci

Hasil Pencarian
Penemuan Di Dalam Al-Quran 8
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 173 |
| Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 222 |
| Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. |
| Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 145 |
| Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 108 |
| Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). |
| Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 80 |
| Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa. |
| Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 115 |
| Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| Al-Quran > Surah Al-Waaqi'ah> Ayat 79 |
| Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; |
| Al-Quran > Surah Al-Muddaththir> Ayat 4 |
| Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. http://sempoiweb.com |
Tuesday, May 6, 2008
Kesamarataan Lelaki dan Wanita
Isu tuntutan kesamaratan hak oleh wanita dalam kehidupan pernah dialungkan begitu hangat di suatu ketika dahulu, terutamanya di ketika Amina Wadud cuba menggemparkan dunia Islam dengan menjadi imam solat Jumaat bagi lelaki. Tidak dinafikan, ia masih lagi mempunyai pendokong dan penyokong yang ramai, mungkin juga bertambah ramai hari demi hari, tahun demi tahun, selari dengan melebarnya keterhakisan ilmu Islam dalam diri wanita Islam dan masyarakat. Selari juga dengan terhakisnya keyakinan terhadap kebijaksanaan Allah SWT mengatur alam ciptaanNya sendiri.
Setitik ilmu yang diperolehi dari universiti dan pembacaan, beberapa kejayaan duniawi di medan kerjaya dan universiti menjadikan terdapat para wanta yang tertipu dengan kebijaksanaan aqal mereka. Tanpa sedar, ada yang menyangka aqalnya lebih bijak dari hukum yang telah digazetkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dijadikan hujah-hujah aqal dan hak asasi sebagai hujah meraih simpati dan sokongan lebih ramai masyarakat.
Sebahagian yang lain pula menafikan mereka menolak hukum quran dan hadith, tapi yang mereka cabar dan tolak adalah pentafsiran para ulama dari kalangan lelaki yang 'berat sebelah' menurut mereka.
Sebahagian hujjah aqal yang disertakan pula amat biadap terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti mengatakan hukum Islam berat sebelah kerana di fahami dari aqal seorang lelaki iaitu Muhammad dan diteruskan oleh para sahabat baginda dan seterusnya para ulama Islam yang majoritinya dari kalangan lelaki.
Sebelum itu, ketahuilah Islam telah menaikkan taraf wanita dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara, Cuma ada beberapa amalan yang dilaksanakan dalam bentuk berlainan, tetapi hasilnya dan penerimaan Allah SWT tetap sama iaitu berdasarkan kualitinya.
Kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya equal dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberpaa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
Ertinya : Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa : 124 )
InshaAllah saya akan cuba mengulas isu ini, diharapkan Allah SWT memberikan ruangan waktu untuk saya menyiapkannya. Sebagai muqaddimah ringan pembuka perbincangan ini, elok kiranya dapat diperdengarkan petikan rakaman video saya ini. (rakaman ini dibuat sekitar awal tahun 2005). Benar, ia bukanlah hujjah yang kuat, ia cuma hujjah ringan bersifat logik sahaja. Adapun hujjah-hujjah yang lebih relevan akan di sertakan kemudian, inshaAllah.
Dipetik daripada halama ustaz zaharuddin http://zaharuddin.net

Mengenali Nabi Muhammad s.a.w
Mengenali junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w melalui penceritaan dalam Video ini
ikhlas dari kami di http://sempoiweb.com
Subscribe to:
Posts (Atom)